Scroll untuk baca artikel
Example 325x300
Example floating
Example floating
Example 728x250
MalaysiaPrestasiProfilTerengganu

AHMAD ZAKY ALBAIHAQI RAIH TEMPAT KETIGA TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN IPT

175
×

AHMAD ZAKY ALBAIHAQI RAIH TEMPAT KETIGA TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN IPT

Sebarkan artikel ini
Example 468x60

Sorot Media – Terengganu. Malaysia, 15 Februari 2026

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Ahmad Zaky AlBaihaqi, berjaya meraih tempat ketiga dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang telah berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Terengganu dari 12 hingga 15 Februari 2026.

Example 300x600

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat UniSIRAJ apabila beliau berjaya menempatkan diri dalam kalangan terbaik IPT seluruh negara. Ahmad Zaky AlBaihaqi yang juga merupakan alumni Pondok Pesantren Darul Aman Gombara Makassar membuktikan bahawa pendidikan Al-Quran yang diasuh sejak di bangku pesantren terus menjadi asas kukuh kecemerlangan beliau di peringkat pengajian tinggi.

Pertandingan berprestij ini menghimpunkan peserta-peserta terbaik dalam bidang tilawah dan hafazan Al-Quran dari seluruh IPT, sekali gus menjadi platform memperkasakan budaya cinta Al-Quran dalam kalangan mahasiswa.

Pihak universiti melalui Jabatan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (JPPJK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian cemerlang ini serta berharap kejayaan tersebut menjadi inspirasi kepada seluruh warga kampus untuk terus mengangkat martabat Al-Quran.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Disediakan oleh:
Jabatan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (JPPJK)
Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ)

Example 300250
Example 120x600